Khamis, Februari 25, 2010

Syarahan Sastera

Secara peribadinya saya telah menolak jemputan untuk menyampaikan syarahan di UPSI pada 4 Mac nanti. Namun demikian, saya dihubungi semula oleh pihak penganjur merayu agar saya datang juga untuk menyampaikan syarahan tentang kepengarangan saya semasa menghasilkan novel Dari Lembah ke Puncak. Memandangkan 4 Mac itu tidak sesuai dengan jadual saya, pihak penganjur telah mempercepat tarikhnya ke 3 Mac.
Walaupun saya sebenarnya tidak berapa setuju dengan 'layanan' penganjur terhadap jemputan tersebut, saya mula positif dan menyifatkan kehadiran saya adalah untuk kepentingan pendidikan dan pengetahuan. Saya juga faham dengan peruntukan kewangan yang sangat terhad. Namun kebajikan saya sebagai penulis tidak harus diremehkan. Hal ini demikian saya terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh, bayaran bahan api dan tol yang tinggi, dan yang penting masa saya yang bakal terbuang semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan.
Namun, sebagai memenuhi keperluan 'pendidikan' ndan pendedahan terhadap guru-guru pelatih mata pelajaran Kesusasteraan Melayu (yang semakin tersisih) saya akan datang juga. Mudah-mudahan usaha untuk memartabatkan sastera dan Bahasa Melayu akan mendapat sokongan rakan-rakan dengan anak-anak bangsa yang insaf dan sedar akan diri.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum, saya Zetty, seorang pelajar jurusan Diploma Teknologi Seni Teater di Kolej Yayasan Melaka ingin berhubung terus melalui telefon berbincang tentang cerpen karya encik. Saya ingin meminta keizinan mengadaptasikan cerpen encik iaitu cerpen "Kasut Kelopak Jantung" ke dalam pertandingan penulisan skrip drama. Ekoran hal itu, saya menitipkan no tel saya kepada encik untuk memudahkan kepada encik untuk berbincang. Pensyarah saya iaitu En. Zainuddin Awang Kechil ingin berhubung dengan encik. Saya mengharapkan jasa baik encik untuk menghubungi saya semula.
No tel saya, 014-7322457 dan emel saya zettyindehouse@yahoo.com.

Ghazali Lateh berkata...

Waalaikumussalam Sdr Zetty,
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Tentang pengambilan cerpen saya untuk dijadikan skrip tu, saya tidak kisah selagi tidak melanggar hak cipta penerbit cerpen berkenaan. Walaupun saya penulis, tetapi hak cipta cerpen itu dipegang oleh DBP yang menerbitkannya semula bagi pihak Kementerian Pelajaran. Pada saya, saya amat berbangga atas kesudian untuk mengangkat cerpen tersebut menjadi skrip. Mudah-mudahan, skrip tersebut akan diangkat juga menjadi drama nanti.
Jika ingin menghubungi saya, bolehlah guna emel glateh@hotmail.com.

TRAVELOG JAKARTA BANTUNG DISEMBER 2024

  Pada 8 haribulan Disember saya telah ke Jakarta.   Di Jakarta saya menginap di hotel Dreamtel.   Pada petangnya kami   ke Thamrin City, ke...